
Jika kamu termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV 'Discovery'
pasti kenal Mr. Jacques Yves Costeau, dia seorang ahli oceanografer
dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua berambut putih ini
sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia
dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk
ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari, ketika sedang melakukan eksplorasi di
bawah laut, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang
segar dan sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur
dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding
atau membran yang membatasi keduanya.